Thursday 26 July 2012

Video Penerangan Lengkap Bisnes Vemma


SESI 1.1


SESI 1.2




Kenali Vemma - Kenapa Pilih Vemma?
SESI 2.1




SESI 2.2




SESI 2.3 






Kenali Vemma - Master Plan Kejayaan 7 Bulan 
SESI 3.1



SESI 3.2



SESI 3.3




Kenali Vemma - UV Mentors: Nobody Is Left Behind 

SESI 4.1






SESI 4.2

Di atas ialah penerangan penuh Bisnes Preview Vemma utk Team Ultimate Venture.. Rasanya anda dah boleh buat keputusan BIJAK sekarang...

Apakah tindakan anda? Masih ragu-ragu atau mahu fikir-fikir lagi? Tanpa tindakan tiada apa menjadi... Anda perlu membuat keputusan... YES or NO... Yg mana satu tak jadi masalah, yg penting anda dah buat keputusan... Jika mahu buat, BUAT BAGI JADI.. Jika berkeputusan untuk tidak ambil peluang ini, jangan nanti kata menyesal pula...

DOKTOR PUN MINUM JUS VEMMA


ASSALAMUALAIKUM .Apa khabar sahabat2 semua?


** seperti yg dikongsikan di UV Group Skype Meeting Mingguan, 11 julai 2012 **


Terlebih dulu saya  ucapkan ribuan terma kasih kpd upline saya, Dr Azizah krn memberi peluang utk sy buat sharing  mlm ni.Sebrnya saya x pernah bercerita tentang penyakit sy kpd sesiapa termasuklah ahli keluarga sy, tapi dlm vemma ni sy  nak berkongsi cerita sbb sy dpt nikmat kesihatan yg sy cari2 selama ini.


Elok saya perkenalkaan diri saya dulu.
Nama saya Suriaty binti Abdull Rauf. Berasal dari P.Pinang, senegeri dgn `Bonda ` sy-DL DR AZIZAH. Bekerja sendiri.


Sy mengenali Vemma pd bln Mac, 2011. Masa tu sy tidak melihat vemma sbgai suatu peluang tapi lebih kpd kebaikan produknya. Ini adalah krn sy mengalami pelbagai jenis penyakit dari hjg kepala hingga hjg kaki dan tlh mengalami maslh ini bertahun lamanya . hidup sy bergantung kpd ubat2an sehingga sampai ke satu tahap sy dh cemuih nk mkn ubat. Sy x prnh buat pemeriksaan doctor krn bg sy,klau sakit mkn ubat,  selagi sy boleh berjalan dan bawa kereta kesana sini ,pergi kerja, ambik dan htr anak2 kesekolah dh kira ok,lah tu.Itu ketika umur sy msh muda, msh kuatlah katakan, tp bila umur berada di penghujung 4 series, keadaan berubah.

Utk pengetahuan semua, sy mengalami sakit kepala sjk dari zaman student lg, tp masa tu x de lah teruk sgt, Cuma time2 nk exam sj baru dtg sakit kepala.  Lps tu sekali sekala sj sakit, mkn ubat dh ok. Tp sjk 2,3 thn kebelakangan ni sakit kepala sy menjadi2 hingga mengganggu tugas harian sy, walau mkn ubat sakitnya x hilang jg, kdg2 sy mkn sampai 6 biji Pcm(panadol) utk redakan sakit kepala. Sy x ambil painkiller sb sy ada penyakit GASTRIK.


Sakitnya rasa mcm nk pch kepala,sakit sekeliling mata Tuhan sj yg tahu. Klau dh teruk sgt, sy akan berkurung dlm bilik gelap dan cuba utk tdo. Tp itu Cuma utk sementara sj, bila bangun sakit kepala masih lg. bayangkanlah dlm seminggu 2,3 kali kna sakit kepala, kdg2 seminggu direct, jd setiap hari sy akn telan Pcm, Lagi ketara bila tiba waktu`bulan mengambang`, masa tu mmg x tertahan sakitnya.


Saya juga mengalami sakit belakang yg teruk . Mgkin puncanya sy kerap jatuh, sb sy selalu berlari di dlm rumah,  sb mengejar masa, mana x nya,  tugas harian sy bermula pkl 5.30 pg, Selepas selesai buat sarapan utk anak2 kesekolah dan solat subuh, sy mengejar masa utk htr anak kesekolah. Kdg2 takut terlambat sy berlari sb nk cpt, sering jg terjatuh sb lantai licin. Masa mula x kisah sgt, sakit,  sengal sikit, mkn ubat je baik sikit,.bleh b`jln dh la.


Tapi pada awal thn 2010, sy mula rasa lenguh2 pinggang, klau ddk, x bleh lama, klau memandu seat kena tegak 90 darjah, sy buat dunno sj. Sampai lah bln July 2010, sakit belakang sy bertambah teruk, sy x bleh mengalihkan bdn sy dari kedudukan terlentang ke mengiring ketika tdo. Terasa mcm sy kena tolak batu atau kayu balak , berat sgt. X bleh pusingkan bdn . terpaksalah sy tdo dlm keaadan terlentang. Dan bila nk bangun pg satu lg masalah. Sy x bleh bangun spt biasa, sy terpaksa mengesotkan bdn sy ke tepi katil, pegang pd tepi katil dan cuba bangun perlahan2.





Bila dh bangun x bleh berjalan spt biasa terpaksa berpegang pd dinding, dan berjalan spt org dlm pantang, Sy mengalami `morning Stiffness, di mana sy x bleh langsung membongkok. Sy jg x dpt rukuk ketika solat subuh, hnya tunduk sebagai syarat sj, dan bila ada brg jatuh, sy x bleh bongkokkan bdn utk ambik brg, sy kena turunkan bdn sy secara lurus dan ambik brg tu dari tepi. Jadi sepanjang masa sy sakit itu sy bergantung dgn ubat, bila mkn ubat ok, sikit, klau x mkn ubat, mcm tu lah setiap hari. Tp disebabkan kedegilan sy, sy ttp jg x berjumpa doctor, hnya buat rawatan sendiri.


Saya jg mengalami mslh gangguan tdo. Kdg2 sy jd takut nk tdo. Mana x nya, mana dgn sakit belakang yg menggangu tdo sy, lps tu sy krp terjaga di tgh mlm, dan x dpt sambung tdo semula  . klau sy tdo awal sy akan terjaga tgh mlm, klau sy lambat masuk tdo, sy dh x bleh tdo, jd nk bolehkan tdo sy akn telan ubat selsema,kdg2 sampai 2 biji, itupun blm tentu dpt tdo nyenyak.(SY X AMALKAN PIL TIDO SBB TAKUT PADA KESAN SAMPINGNYA)


Selain itu jg sy mengalami cramp kaki diwaktu mlm. Bayangkan utk tdo sj mcm2 mslh sy hadapi.

Syukur dgn nikmat kesihatan yg Allah berikan.Selain itu sy mengalami masalah kurang darah (ANEMIA) , mula knalpasti pd thn 1992, masa tu HB sy 8.4-8.6g%g sj, x prnh cecah 10g%. dan disbbkan itu sy mengalami keletihan yg bersangatan , hinggakan kdg2 sy rasa zero energy, sy  jadi letih dan x larat, sy prnh ambik pil vitamin dan pil tmbh drh tp ksn nya x seberapa. Kandungan HB sy x byk bertambah. Selain itu sy jg mengalami mslh perdarahan yg byk setiap bln, dan ini menambahkan lg mslh anemia sy.

Sy jg mengalami mslh mengantuk ketika memandu, x pyh pergi jauh, kdg2 x sampai 1 km sy dh terlelap ,BAHAYAKAN! Klau kt traffic light tu jgn kata lah, dah berapa kali terlelap, prnh kna hon pun,Klau dh ngantuk sgt sy akn berhenti di tepi jln, dan tdo sekejap. sy rasa zaman 80an,90an berenti tepi jln msh selamat, tp skrg x berani, jd digagahi jg memandu, kdg2 kereta melelong2 di jlnraya, prnh tgh memandu kaki menekan brek terus berenti, bayangkan klau ada kereta dari belakang,, itu maknanya sy terlelap  lah tu.

Disebabkan mslh kesihatan diatas dan dh jemu mkn ubat sy mencari alternative. Sy prnh mengambil mcm2 supplement dan vitamin, tp x nmpk ksnnya. Hinggalah suatu hari sy terjumpa post Dr Azizah dlm FB. Sy baca dan amati bahan bacaan ttg vemma. Dan yg paling buat sy teruja nk ambik vemma ni kerana kandungan Antioksidanya yg tinggi.Sy kata pd diri sy, mgkn inilah yg sy cari selama ini. Sy perlukan sesuatu utk menyahtoksin toksik di dlm bdn sy.



Alhamdulillah. Selepas sy dpt vemma  Sy minum 2 oz 2 kali sehari. Masa tu sy x pikir apa2, sy pikir sy nk sihat. Lagipun produk vemma tu byk. NK tau , sesuatu telah berlaku pd diri saya.Belum sampai sebulan sy minum vemma, bdn sy terasa segar, x lagi letih  dan dpt memandu tanpa rasa mengantuk ,Sy jg dpt mengalihkan bdn sy dgn mudah dan dpt bangun pg spt biasa. Dan sy dpt rukuk dgn sempurna ketika solat subuh.


Masalah perdarahan sy telah berkurang dan Hb sy telah kembali normal. Sebulan selps sy minum vemma Hb sy, 10.0, bln kedua 11g% bln ke 3, 12.4 g% Terakhir bacaan HB sy minggu lepaS 13,4% , Sy dpt tdo nyenyak waktu mlm, x ada lagi cramp kaki dh x kna gastrik lg dan selepas 5 bln sy minum vemma penyakit buasir sy jg dh sembuh.

Kini sy x bergantung pd ubat lg, dan kt rumah sy pun skrg ni susah nk jumpa stok PCM atau ubat selsema sb sy dh x mkn ubat lg. Sakit kepala pun dh jrg sgt2 dan klau sakit pun, x lah sampai ke tahap kna mkn ubat.
kat umah sy pun susah nak cari panadol..alhmdulillah..

Alhamdulillah, sy sgt2 bersyukur ke hadrat Allah dan sgt2 berterima ksh kpd upline sy Dr Azizah krn tlh memperkenalkan vemma kpd sy.Sy jg telah berkongsi kebaikan vemma dgn pesakit2 sy. Walaupun pd mulanya sy m`dpt rejection dari pskt2 sy hinggakan ada yg melarikan diri, tp kini Alhamdulillah, telah ada diantara pskt2 sy yg m`jd regular customer( ambil produk setiap bln). Sy byk gunakan produk vemma utk rawatan demam pns, drh tinggi, kencing manis, penyakit2 kulit spt kudis,urticaria (org utara kata sopak garam) ,asma, selsema, resdung dan sy ada jg guna  utk ibu mengandung .Apa pun pd pskt2 sy, sy berpesan minum vemma tp ubat jgn tinggal, biar doktor yg pantau dan adjust ubat  ikut keperluan. ini penting, sb vemma bkn ubat.


Sy nk kongsi sikit cerita di sini mengenai seorg pskt sy, dia ada kencing manis dan drh tinggi . setiap bln dia belanjakan rm 250 utk ubat darah tinggi dan kencing manisnya, hingga sampai ke satu tahap sy naik buntu apa lagi ubat nk sy bg pd dia sb bacaan kencing manis. dan darah tingginya x menentu dan x terkawal. .Satu hari sy buat keputusan utk bg dia vemma, walaupun pd mulanya dia agak keberatan nk ambik vemma, mandangkan pd kosnya.tp skrg ni dia dh jadi regular customer vemma Dari duit rm 250 yg dia belanjakan utk beli ubat, dia tambah sikit sj lg utk dptkan vemma, jd skrg dia akan beli ubat dan vemma secara selang seli. kalau bln ni dia beli ubat , bln dpn dia beli vemma, dan dia selang selikan ubat dgn vemma. Alhamdulillah,Kencing manis dan darah tingginya dh terkawal. dia seronok sgt. Dia kata dia rasa  sihat skrg,   tp sy.nasihatkan dia utk teruskan ubat2  kencing manis, drh tinggi dia .





Seorg lg pesakit sy, berumur 8 thn, sering sakit kepala. dh jumpa doktor  buat rawatan, doktor kata x de mslh apa2, setelah mengambil Vemma sakit kepalanya dh berkurangan dan msh mengambil vemma hingga skrg.Seorg lg pskit kencing manis, dh jumpa dr pakar dan dh diberi ubat kencing manis yg terkini dan pd dos yg tinggi serta on insulin skrg ni, tetap mengambil vemma walaupun bacaan gula x begitu terkawal (ini kes resistant) sb katanya ,w/p kencing manis nya naik turun tp dia rasa sgt sihat dan bertenaga selepas minum vemma, jd dia tetap terus minum vemma.Dan skrg vemma menjadi buah mulut- ada sj pskt yg  dtg ke klinik mnta nk beli vemma . x kiralah samada yg botol bsr atau botol kecik.MasyaAllah terharu membaca testimoni DR SURIATY..Alhmdulillah dgn VeMMA beliau dpt kesihatan dan juga Membantu pesakit2 beliau.


 Itu lah kehebatan vemma.

Sekian saja perkongsian sy utk kali ini.. Wasallam

VeMMA SEMUDAH ABC


Mudah je!Ambil pakej pilihan anda & semestinya Diamond Health Pack utk layak semua jenis bonus / income besar

.Bayar secara online atau tunai berdasarkan harga pembelian produk.
Call Vemma HQ utk mengesahkan pembayaran anda & call enroller anda juga.
Dapatkan ID untuk mempromosi web percuma anda sendiri.
Elak dari melakukan biz ini bersendirian atau membuat “landasan” baru.
Follow enroller dan leader2 anda.
Gunakan kekuatan anda untuk mempromosi biz anda secara online atau offline atau keduanya
Hadiri event2 untuk menerima ilmu dan berpeluang mendekati mereka yang berjaya (aura positif). 
Impian anda adalah faktor utama kejayaan anda.

Jaga network anda samada direct/indirect enroll atau spillover daripada upline.
Kedua-dua belah “kaki” anda terlalu berharga & perlu diberi perhatian sama rata.
Latih diri untuk terus meningkat dan menjadi idola dikalangan kumpulan anda.
Mendidik diri & team untuk cekal dengan sebarang cabaran, kerana percayalah-


Nothing is Impossible.
Orang yang sentiasa memberi pasti lebih menerima.
Perjalanan kejayaan lebih mudah jika bergerak bersama-sama.
Quality network anda adalah cerminan diri anda.
Ramai yang berjaya kerana belajar dari kegagalan lampau atau pengalaman org terdahulu.
Sebahagian yang tewas bukan kerana gagal tetapi tidak mahu berjaya.


Tawakkal padaNya setelah kita berusaha.Untuk itu sentiasalah bersangka baik atas pemberianNya.

Vision apapun yang kita ada,
Walau siapa pun kita.
X-Faktor apapun yang kita gunakan,
Yakinlah Tuhan akan melimpahkan rezekiNya tanpa jemu sehingga……


Zzzzzz pun rezeki melalui passive income akan masuk ke akaun kita. 
 

SHARING HEBAT DARI JUTAWAN VEMMA



JUTAWAN VEMMA KE 2 SITI FAZILAH ZAKARIAH.

** seperti yg dikongsikan di UV Group Skype Meeting Mingguan, 20 June 2012 **


 Malam ni saya sangat berbesar hati nak share bagaimana
 saya boleh berjaya di Vemma, dah 4thn bersama Vemma, 
amat jatuh cinta dgn produk dan hidup berubah sama 
sekali drpd seorang guru biasa kepada seorang surirumah
 sepenuh masa tetapi bekerjaya lumayan. Hanya dari 
rumah....dari rumahhhhhhhhh. dulu bekerja ISNIN-
JUMAAT KELUAR RUMAH.
 SEKARANG, ISNIN -JUMAAT DI RUMAH DAN HANYA 
KELUAR SAMAADA JUMAAT-AHAD sahaja untuk bisnes previeW





1: Set Fikiran Kena Betul & Ikhlas
 Apa yang saya lihat untuk sukses kita perlu mempunyai MIND SET yang betul
 contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau mereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?

 2. Dengan Siapa kita Berkawan dan Buku Apa Yang kita Baca

Mencapai sukses dan Kejayaan kita mesti bergantung kepada:

1. Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari diri kita

2. Siapa kawan kita sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecemerlangan)

3. Buku apa yg kita baca ? (Mempelajari Ilmu yang kita sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)


 Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Antara petua berjaya ialah penting untuk kita mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu kita maju atau berjaya dalam perniagaan  dan juga pendorong untuk  mempunyai keyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika kita inginkan pendapatan RM60,000 sebulan- kita harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. kita dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau
 semua ilmu dah di perturunkan kpada leader2 hebat yg ada dlm ruangan ini .. tinggall DUPLIKATE SHJ
InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.         


 3. Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)
Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan kita. Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang Islam yang berniaga  keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah. 1 kita beri, ALLAH akan balas 10x ganda sekiranya pemberian kita tu IKHLAS DAN DATANG DRPD HATI YG TULUS SUCI

 4. Menetapkan TARGET atau MATLAMAT
Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika kita nak berjaya kita harus menetapkan TARGET.
Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM6+++ dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000


 5:Cabaran dan Halangan. Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjaya

Apabila anda membuat keputusan untuk JOIN VEMMA, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.
Contoh: untuk berjaya dalam PERCINTAAN, KITA sanggup buat apa sahaja untuk memenangi hati si dia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan KITA sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.
 Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).
Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.
Dalam apa2 bisnes yang sy observe, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.
Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari .



 6. Bila Masalah Datang..
Bila masalah datang apa yg perlu kita buat?
 produk dah bagus, mmg bg protection utk dalaman kita, jiwa kena teguh  minda wajib bijak memilih dan menimbang unsur2 luar yg datang kd kita

VEMMA PLATFORM TERBAIK PRODUK DAN COMPLAN LUMAYAN - IT IS REAL BUSINESS. ADA PRODUK, ADA SISTEM SUPPORT, ADA HQ, ADA EVENT YANG MERIAH..WOW....TERUJA SAYA

 Kita semua sudah dewasa, semua sudah kuat dalam dan luar. jadi pandai2 dan bijakla menapis apa yang tidak bagus. dalam 1 masa nak buat bnyk benda/bisnes, mmg anda kan hilang FOKUS. org akan hilang kepercyaan kepada kita sebagai leaders. dan JAGA MULUT. CARI KESEMPURNAAN DIRI DAN JANGAN ASYIK MELIHAT KETIDAK SEMPURNAAN ORANG LAIN. 

 OK seterusnya...!
 5 TIPS PSIKOLOGI UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN
 Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes kita

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar kita, kerana minda separa sedar kita selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? jap sy bg contoh.........
 anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".
 'aku pun boleh jadi Jutawan mcm Siti Fadzilah' tetapi tidak lama kemudian, anda mendengar perkataan negatif seperti ini 'dia bolehla jd Jutawan, dah lama join Vemma'..

 JIka minda kita sentiasa negatif , kita akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri kita. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran , gunakan affirmation/ikrar/sebut untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"




2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri kita sendiri pernyataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang kita katakan ini jauh dari realiti kita sekarang kerana kita hanya mengucapkannya kepada diri kita sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir kita yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif. 

3. Kita mempunyai banyak pilihan di dalam hidup , semuanya bergantung kepada hati kita. JIka kita mahu menjadi kaya, kita harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika kita mahu menjadi sihat, kita harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri kita, jika kita mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

 SETIAP KATA2 KITA ADALAH DOA, JADI SEBUTLAH PERKARA YANG BAIK2 DAN INDAH BELAKA DAN IA WAJIB DATANG DARI HATI YANG TULUS SUCI. KALAU HATI BERSIH, MAKA AYAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA JUGA MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN. SECARA TAK LANGSUNG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ORG SEKELILING KITA
 ELAKKAN BERBURUK SANGKA KEPADA ORANG LAIN


4. Nikmati setiap minit dalam hidup kita.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh KOSONG, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh PENUH. Apabila KITA mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri kita "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."




 5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri kita dengan orang yang berjaya . Jika kita semua mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, kita menjadi INSAN berbeza, kita akan menghormati orang lain, kita akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu kita akan dapat kesihatan yang baik.



 Sekian perkongsian saya. Yang baik itu dr ALLAH, yang terkurang itu dr saya sendiri.
Akhir sekali dari saya malam ini, Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka.
Terima kasih, jumpa anda di puncak KEJAYAAN,


I LOVE U TEAM...
JOM REMPIT HINGGA KE PUNCAK JAYA !! 


SAKSIKAN VIDEO INI....

Friday 20 July 2012

Mengapa Mereka Berjaya?




Mungkin kita pernah bertanya pada diri sendiri, “Mengapa mereka mudah sahaja berjaya tetapi orang lain begitu sukar untuk berjaya?”
Untuk menjawab soalan mudah itu, maka mari kita bertanya beberapa soalan berikut untuk mengetahui jawapannya:
1. Adakah kita telah mempunyai ilmu yang BETUL dan BERKESAN?
Semua orang banyak tahu. Tetapi adakah yang diketahui itu boleh digunapakai? Untuk meraih sesuatu, perlulah ada ilmu yang boleh memberikan hasil.
2. Adakah kita telah mempraktikkan ilmu itu dengan bersungguh-sungguh?
Banyak ilmu yang hebat, tetapi tidak mempraktikkannya, maka sia-sialah sahaja. Ilmu perlu digunakan semaksimum mungkin dengan bersungguh-sungguh.
3. Bagaimana dengan tahap KERAJINAN kita?
Orang yang malas, amat sukar untuk berjaya. Malah akan mengambil masa yang amat lama untuk berjaya.
4. Apakah bentuk PERSEPSI kita terhadap KEJAYAAN? Adakah kita negatif terhadap wang, orang-orang berjaya dan kekayaan?
Kalau kita mempunyai pandangan yang negatif terhadap wang, kekayaan atau kejayaan, maka sudah pasti amat sukar untuk kita meraih sesuatu impian atau matlamat. Kita perlu positif terhadap itu semua. Dan yang paling penting, jangan dengkikan orang-orang yang berjaya. Berkawan dan jadikan mereka sebagai sumber rujukan. Mereka ada ‘rahsia’ untuk berjaya. Belajarlah dengan mereka.
Mengapa perlu positif dengan kejayaan, termasuklah terhadap wang? Kerana itulah yang kita mahu miliki. Adalah pelik kita mahu itu semua tetapi kita meletaknya pada sisi pandangan yang amat negatif dan buruk. Setelah positif terhadap itu semua, barulah mudah perjalanan usaha kita.
5. Adakah kita seorang yang suka bersendiri, pasif dan pesimis?
Kalau kita suka menyalahkan orang lain, padahal mereka tidak ada lakukan apa-apa pun terhadap kita, maka itulah dinamakan PESIMIS. Sikap menyalahkan orang lain adalah sikap untuk memuaskan hati sendiri, padahal diri sendiri telah tahu yang salah adalah diri sendiri, cuma malu untuk mengakuinya. Orang-orang yang sering mengelak untuk mengakui kesilapan diri sendiri adalah insan yang amat sukar untuk berjaya.
6. Adakah kita konsisten dan fokus dengan usaha yang dilakukan?
Cuba lihat orang-orang yang berjaya. Mereka amat fokus dalam perniagaan yang mereka usahakan. Mereka punyai satu bidang utama walaupun mungkin mereka ada ceburi bidang-bidang yang lain. Orang yang amat mudah mengikut arah tiupan angin biasanya amat sukar untuk berjaya. Teguhlah dalam impian dan matlamat.
7. Adakah kita tidak berkira di dalam soal mengeluarkan modal?
Dalam tahap tertentu, kita perlu keluarkan modal untuk memajukan lagi perniagaan yang dilakukan. Jika tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.
8. Adakah kita cepat berputus-asa?
Orang yang selalu mudah berputus-asa adalah umpama sebuah kereta yang sering mati enjinnya dalam perjalanan. Lambat sampai ke destinasi. Jadi, kalau ‘gagal’ dalam sesuatu usaha, teruskan lagi dengan tidak mengulangi kaedah yang menyebabkan kegagalan itu tadi. Cuba dengan kaedah dan strategi lain.
9. Bagaimana dengan amalan ibadat kita, atau secara mudahnya, hubungan kita dengan ALLAH?
Tidak dinafikan, ramai orang yang munafik atau ahli maksiat kaya raya dan berjaya material. Mereka tidak begitu bagus dari sudut amal ibadah seperti solat dan sebagainya. Tetapi jangan kita melihat mereka untuk menilai erti sebuah kejayaan. Ramai lagi usahawan berjaya yang beriman dan baik perilaku mereka untuk kita contohi.
Mereka tidak tinggalkan solat dan solat itu dilakukan sebaik mungkin dari sudut bacaan dan juga geraknya. Dilakukan dengan penuh tertib dari takbir sehingga salam. Itulah orang-orang yang berjaya. Itu baru solat, belum lagi hal-hal yang lain.
Kejayaan juga sebenarnya bersangkut paut dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kalau banyak dosa, sudah pasti hati kita akan semakin jauh daripada ALLAH. Jagalah hati kita sebaik-baiknya. Jangan dengki, riak, taksub, mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan peribadi orang lain.
Itulah beberapa persoalan yang boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri, andaikata kita merasakan terlalu jauh ditinggalkan oleh orang lain, terutama di dalam bidang perniagaan.
Hanya kita yang mengenali diri kita. Ambillah masa untuk menilai diri sendiri (muhasabah).
-

Rahsia Kejayaan: Minda POSITIF



Kita sering mendengar, kalau mahu berjaya, kita perlulah sentiasa berfikiran positif. Kalau diperincikan lagi, maka dapat kita katakan berfikiran positif itu adalah bersangka baik, jiwa yang bersih dan hati yang jauh daripada pra sangka buruk.
Namun, bagaimana untuk kita ketahui kita ini berfikiran positif atau sebaliknya? Mudah sahaja. Hanya dengan bertanya soalan dan menjawabnya dengan jujur, maka kita akan ketahui jawapannya.
Di entri ini, mari kita cuba satu soalan ini. Oh ya, jangan risau. Apa jua jawapan, hanya anda yang tahu. Simpan ia elok-elok. Diri anda, rahsia anda, hanya anda dan ALLAH sahaja yang lebih tahu.
Baik, sekarang cuba jawab soalan ini. Jawapan yang anda pilih adalah berdasarkan kepada realiti diri anda sendiri, yang akan menentukan anda berada di dalam golongan mana dan ke manakah ‘arah’ anda.
Soalannya adalah:
Apabila anda melihat kejayaan seseorang dalam perniagaan yang beliau lakukan, apakah sudut pandangan atau persepsi yang pertama sekali datang menerjah di fikiran anda?
A: Anda suka dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka itu. Dan mahu bersahabat dan belajar daripada mereka. Tiada langsung iri hati dan apa sahaja bentuk kata-kata hati yang negatif.
B: Pra sangka buruk seperti menganggap mereka menggunakan kaedah penipuan ataupun apa jua yang buruk-buruk. Perasaan dengki dan benci pula amat meluat-luat menguasai diri. Anda lebih suka melihat mereka gagal dan susah.
Hanya ada dua pilihan jawapan. Yang mana satukah diri anda? A atau B?
Jika A, alhamdulillah. Anda berada di dalam golongan orang-orang yang BERJAYA dan memiliki minda, hati dan jiwa yang baik keadaannya.
Jika B, maka anda perlu lakukan sesuatu sebelum menyesal di kemudian hari. Golongan B ini amat sukar untuk berjaya dan kalau berjaya pun, ramai musuhnya di mana musuh itu dicipta sendiri olehnya. Malah, mereka juga amat takutkan bayang-bayang sendiri.
Golongan B terlalu pesimis dan terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Apa sahaja yang dilihatnya, didengarnya atau diketahuinya, persepsi pertama sekali yang datang menerjah di benak fikirannya adalah yang buruk-buruk sahaja.
Dan golongan B juga amat suka dan gembira apabila individu yang dibencinya itu diperkatakan dengan sesuatu yang buruk oleh orang lain. Termasuk golongan B adalah mereka yang suka memberikan komen negatif, tuduhan melulu dan berbaur provokasi di blog orang lain.
Pendek kata, kalau yang buruk-buruk dan negatif amat mudah menerjah di fikiran kita setiap kali kita melihat sesuatu, itu bermaksud jiwa dan minda kita belum lagi sihat dan positif sepenuhnya.
Rawatan Jiwa…..
Golongan B perlukan rawatan yang segera. Bukan sekadar rawatan psikologi (fikiran), malah rawatan rohaninya sekali. Golongan ini amat jauh daripada kecintaan ALLAH kerana mereka membenci golongan orang yang berjaya dan baik-baik pekertinya.
Jika kita memiliki minda yang buruk, lusuh dan berkarat, maka teramat sukar untuk kita mencapai sesuatu yang hebat dan besar. Sebaliknya jika minda dan hati kita amat positif terhadap perkara yang baik-baik, seperti terhadap material, pencapaian kejayaan dan orang-orang berjaya, insyaAllah kita juga amat mudah menjadi insan yang berjaya.
Milikilah jiwa, hati dan minda yang POSITIF. InsyaAllah hidup kita akan tenang dan perjalanan untuk meraih kejayaan adalah lebih mudah dan cepat.
Penawar…?
Mungkin ada yang bertanya, apakah penawar untuk sakit sebegini? Tiada cara lain melainkan kita betul-betul mahu berubah ke arah yang lebih baik dan perlulah berusaha bermati-matian untuk membuang sikap negatif ini.
Latihan perlulah dilakukan selalu seperti menggantikan ucapan buruk dan negatif dengan zikir, memperbanyakkan bacaan buku yang positif dan sentiasa berada di sekeliling orang yang positif. Contoh orang yang positif adalah para ulama, ahli ilmu Agama dan juga orang-orang yang berjaya.
Jika selama ini kita suka menyindir, melakukan provokasi, mengumpat, berdendam, membenci, memfitnah, menjadi batu api atau jua ‘watak-watak’ yang jahat, tinggalkanlah itu semua. Itu semua adalah pakaian syaitan yang mahu kita menurut serta mereka menjadi makhluk Allah yang terlaknat.
Selain itu, sentiasalah berada di tempat yang sesuai untuk orang-orang yang baik jiwa dan mindanya. Orang yang berjaya (termasuk yang mahu berjaya), perlulah berada di tempat yang betul. Contohnya, orang-orang yang berjaya tidak suka membuang masa di kedai-kedai kopi, tidak melepak berborak kosong, mengumpat dan menyertai apa jua program yang melalaikan.
Sebaliknya mereka sentiasa berada bersama orang-orang yang baik, positif, orang yang soleh dan baik budi pekerti dan sentiasa menyertai majlis-majlis ilmu untuk bermanfaat untuk hidup mereka di dunia dan juga di akhirat kelak.
Dan jika mahu, anda boleh lakukan cara ini:
  • Senaraikan ayat-ayat yang positif seperti matlamat yang anda mahu capai atau apa jua ayat yang positif. Mungkin kata-kata hikmah, ayat-ayat Al-Qur’an, hadis, kata-kata atau pesanan ulama dan apa jua yang baik-baik. Senaraikan sebanyak mungkin yang anda mahu.
  • Setiap hari, baca senarai itu sekurang-kurangnya sekali terutama pada permulaan hari. Dan apabila diri anda hilang kawalan atau berada dalam keadaan negatif, buka senarai itu dan baca sehingga anda merasakan keadaan negatif itu telah beransur hilang.
Selamat mencuba cara ini.
Apa pun, tiada manusia yang sempurna. Jika kita sedang berada di daerah yang gelap, berusahalah untuk ke ruang yang lebih terang dan bersih. Peluang untuk berubah sentiasa ada dan terbuka luas. Lakukanlah pilihan yang tepat.
ps. Sebaik-baik tempat adalah rumah ALLAH (masjid) dan majlis ilmu.

Mindset Seorang Usahawan


“Asalnya beliau hanya seorang budak kampung yang bekerja sebagai seorang kelindan lori. Kerja beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh lori. Tetapi, kerana belaiu bercita-cita mempunyai pendapatan yang lebih baik, beliau mendapatkan lesen sebagai seorang pemandu lori.

Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.
Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.
Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?
Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.

Adakah Perniagaan Satu Perkara Luar Biasa?

Ini hanya salah satu cerita kejayaan yang kecil saya kongsikan. Sebenarnya jika kita rajin membaca surat khabar atau majalah bisnes yang lain, anda akan memperolehi pelbagai lagi cerita-cerita kejayaan yang menarik untuk kita renungkan dan jadikan satu inspirasi serta motivasi dalam kita melangkah ke dalam dunia keusahawanan.
Keusahawanan atau perniagaan kini bukan lagi satu perkara yang luar biasa bagi masyarakat Malaysia. Hampir setiap individu ingin terlibat di dalam dunia keusahawanan. Malahan jika kita rajin membaca akhbar, kerajaan telah memberi galakan yang besar dan menyediakan dana yang besar bagi mendorong dan memberi sokongan kepada generasi muda menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, hampir kesemua media “baru” (internet) telah dipergunakan secara maksima oleh generasi-generasi yang celik IT untuk melakukan promosi dan aktiviti pemasaran perniagaan mereka.
Jika dahulu perniagaan adalah satu perkara “taboo” atau “menakutkan” bagi kaum melayu, hari ini segala mitos itu lenyap ditelan oleh perkembangan dunia kehidupan yang semakin canggih, sistematik dan sentiasa berevolusi.
Hari ini semua orang cuba ingin menceburi bidang ini. Bagaimanapun, berjaya atau tidak sesebuah perniagaan yang diceburi itu masih banyak bergantung kepada pelbagai faktor.

Sikap Para Usahawan Adalah Penentu Kejayaan

Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang hanya berdasarkan nasib, takdir, atau perjudian; sebaliknya keusahawanan adalah satu pakej kemahiran yang jika dikuasai akan menentukan faktor kejayaan seseorang individu itu didalam bidang ini.
Sikap yang positif
It is your attitude more than your aptitude that determines your altitude.- Brian Tracy
Cerita Hj Said yang dikongsikan di atas tadi menjadi bukti bagaimana satu faktor penting yang perlu ada di dalam diri seorang individu untuk berjaya di dalam bidang perniaganaan.
Pepatah ingeris mengatakan “Attitude determines altitude”. Sikap itu penentu kejayaan.
Sikap adalah satu faktor paling penting di dalam menentukan tahap kejayaan seseorang di dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi. Malahan di dalam kebanyakan cerita kejayaan ikon-ikon besar di dunia perniagaan, sikap merupakan rahsia kejayaan mereka. Disiplin, tabah, berani, berfikiran positif, fokus, bercita-cita besar dan pelbagai lagi sikap-sikap lain yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal usahawan mahupun mereka yang sudah berada di dalam landasan perniagaan.

Jangan Jadikan Duit Penghalang Utama

Saya teringat satu ungkapan menarik seorang usahawan sejati dari Indonesia iaitu Bob Sadino (Buku: Kalau Mau Kaya Ngapain Sekolah!) tika ditanya adakah beliau pernah mengalami kegagalan dalam usaha.
Beliau menjawab; “Ini pertanyaan yang lucu…kegagalan itu sudah termasuk dalam usaha. Cari risiko bererti cari kegagalankan? Berusaha itu modalnya bukan duit. Duit itu nombor keseratus kali!”.
Kesalahan pertama usahawan muda kita adalah menjadikan duit sebagai penghalang besar kepada usaha memulakan perniagaan. Mereka menjadikan duit sebagai proses pertama di dalam melangkah masuk dalam dunia perniagaan. Sebaliknya mereka lupa bahawa pembentukan sikap yang betul atau sikap seorang usahawan perlu dibangunkan dan dijana sebelum mereka menjadi seorang usahawan berjaya.
Jika duit adalah penentu nombor satu kejayaan di dalam keusahawanan, kenapa terdapat ribuan peminjam dana perniagaan dari badan seperti PUNB, MARA TEKUN dan sebagainya yang bungkus dan gulung tikar walhal telah memperolehi duit atau modal untuk memulakan perniagaan?
Kerana itu di dalam kelas-kelas motivasi perniagaan, penceramah melaungkan kata-kata bahawa sikap adalah penentu kepada kejayaan perniagaan mereka. Untuk berjaya sikap yang betul menentukan tahap kejayaan usahawan tersebut.

Bukan Sekadar Sikap, Mindset Juga Perlu Betul

Tetapi sebagai seorang pengamal Neuro Lingkustik Programming (NLP), sikap belum cukup penting kerana sikap hanyalah hasil yang terjelma dari dalam diri kita. Sebenarnya, mentaliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti individu tersebut.
Mindset Seorang Usahawan
Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang negatif melahirkan sikap yang negatif. Mentaliti mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan kaum cina yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.
Kerana itulah saya menekankan pembentukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam perniagaan adalah sama penting dengan kemahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga seperti kemahiran kewangan, strategi pemasaran, kemahiran menjual dan sebagainya. Meninggalkan salah satu faktor asas ini hanya meningkatkan risiko kegagalan seseorang usahawan.
Jadi kepada bakal atau meraka yang sudah menjadi usahawan, apa yang anda tunggu lagi? Program semula pemikiran dan mentaliti anda, supaya anda memiliki satu senjata ampuh apabila anda melangkah di dalam dunia perniagaan!