Wednesday 15 August 2012

Tips Kejayaan : Subuh, Usaha & Tawakal
 
~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam kejayaan kepada semua, untuk berjaya kenalah berusahalah.
Selalu diingatkan bahawa orang yang berusaha dapat seperti mana yang dia usahakan, pesanan utk diri sendiri.

~Burung dapat rezeki kerana berusaha~

Cari Redha Ilahi
 
Walau bagaimanapun, janganlah dalam berusaha untuk mencapai kejayaan itu kita turut sama melakukan dosa. Amat rugi kerana takut kejayaan itu tidak diredhai Allah, nauzubillah. -_-"
Contohnya:

  • Study hingga lewat malam menyebabkan bangun lewat >>> Tertinggal Subuh
  • Study diutamakan daripada solat >>> Tidak berjemaah / Lewat Solat
  • Study bercouple >>> Ilmu tak berkat + Dosa Couple + Kutukan manusia & makhluk Nya
    ( Patut la ramai yg bercouple, mereka suka "bonus" ini. Nauzubillah )

Contoh lain:

  • Bersikap riak & ujub, rasa hebat so study last minute.
  • Jenis tidak study dan tawakkal sepenuhnya.

Kenali diri, kenali Allah. 
Kita perlu kenal potensi dan tahap diri kita setakat mana kita mampu buat. Jangan menjadikan tidak sedar sebagai alasan tidak solat. Jika sekali-sekala adalah dimaafkan, tapi jika setiap hari perkara sama terjadi itu bukan lagi tidak sengaja. Cara mudah, berdoalah kepada Allah dan berusaha.

  • Tetapkan berapa jam sehari perlu tidur supaya cukup dan bersemangat? Bagi saya 4 jam dah cukup!
  • Tetapkan waktu maksima perlu tidur? Paling maksima boleh berjaga sampai pukul 3 pagi, lepas tu kena tidur walaupun masih banyak kerja dan tak mengantuk supaya tidak terlepas solat Subuh.
  • Set alarm dan jangan stop selagi belum bangun. Biarkan snooze sehingga bangun. Guna ringtones khusus sikit dan dalam reminder tu tulis doa supaya mudah bangun tidur, baca bila dengar alarm!
  • Lain-lain boleh baca kat sini~!

Ingat satu pesanan "Jika kita rasa alasan itu Allah terima di Akhirat nanti, teruslah buat. Tapi jika rasanya alasan itu Allah tak terima, tanggunglah akibatnya jika masih teruskan amalan tersebut."

~Amat rugi jika tidur selepas Subuh~

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat yang mencari keredhaan Ilahi. Walaupun masih banyak perkara yang belum diamalkan dan masih banyak dosa yang belum ditinggalkan, apapun kena pastikan diri kita sentiasa diperbaiki dan lebih baik di masa akan datang. Sama-samalah kita berusaha, istiqamah dan tawakkal pada jalanNya ini, InsyaAllah.

Wallahu'alam.
"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat"

SEIKHLAS HATI,
Emma Marhaini
Top Leader Vemma
013-6838292

No comments:

Post a Comment